11 August 2015

Solat Dhuha

Salam. Hai! Nak menulis tapi tak sempat on laptop pun. Ni pun paksa diri bukak malam-malam. 

Media sosial ada kebaikannya kalau kita pandai menggunakan. Ada kawan yang ingatkan Ina tentang Surah Alkahfi setiap Jumaat. Ada yang share tentang ilmu-ilmu agama yang mungkin kita tak pernah tau atau mungkin dah lupa. 

Satu benda yang Ina jumpa & Ina cuba buat satu persatu. Try istiqamah. SOLAT DHUHA & pengisiannya. Ada jugak yang kongsi tentang suami isteri yang jadikan solat dhuha ni perkara wajib setiap hari. Sebelum berniaga, mereka solat dhuha & membaca Surah Al-waqi'ah (Hari Qiamat). Fadhilatnya Al-waqi'ah ni sebagai doa harian supaya dilimpahkan rezeki & tak ditimpa kepapaan. Kalau info Ina salah, tolong perbetulkan ye.

Ina pernah kenal sorang anak dato' tempat Ina bekerja. Dia cuma pelajar latihan industri waktu tu. Tapi, tak ada yang akan tau dia anak dato' kalau tak tengok pada namanya. Simple je orangnya. Setiap pagi, muka & rambutnya basah dengan wuduk. Tenang. Ina pernah terserempak dengan dia tengah ambil wuduk. Terdetik terus dalam hati, 
'Orang kaya yang humble. Patut la Allah limpahkan rezeki pada mereka'.

Dulu, Ina tak tau cara solat dhuha, sentiasa rasa susah nak cari waktu untuk solat. Bila berjumpa dengan sorang lagi budak latihan industri (perempuan), Ina terus usahakan untuk ikut dia ber'dhuha'. Belajar cara, pahamkan satu-satu. Try untuk buat setiap hari. Jadikan rutin. Allah permudahkan. Ina sentiasa ada masa. Lepas baca kisah suami isteri yang ber'dhuha setiap hari tu, Ina cuba pula untuk baca Al-waqi'ah pulak. Syukur, rezeki Ina diperluas. Gaji yang ada sentiasa mencukupi. 

Tapi, rezeki jodoh masih belum. Tak apa. Kata ustaz,mungkin kita baru buat 50 kali. Allah mungkin nak beri rezeki tu lepas kali ke-100 kita buat. Teruskan berdoa. InsyaAllah, akan tertunai.

Untuk sahabat, jom cuba amalkan solat dhuha. Mula dengan yang pertama, buat jarang-jarang. Kemudian, kuatkan semangat untuk buat hari-hari. Moga dipermudahkan, dilimpahi rahmat & rezeki oleh-Nya. Amiiinnn...