16 September 2015

Lelaki di Caltex

Salam.

Kisah ni jadi petang tadi. Ina baru balik dari Wangsa Maju ke rumah staf. Singgah Caltex berhampiran, isi minyak & beli roti.

Waktu nak isi minyak, tiba-tiba datang seorang lelaki india lingkungan umur 50-an. Ina baru nak angkat nozel, nak isi minyak. Takut. Risau. 
"Apa yang dia nak?", terfikir macam-macam.
Dia cakap dalam bahasa Melayu yang susah nak difahamkan. Tapi, Ina cuma boleh faham yang motor dia hilang waktu isi minyak. Dia nak balik. Dia tak ada duit. Mintak Ina sedekahkan apa yang mampu. Mata dia asyik menatap roti yang Ina baru beli tadi. Ina tak banyak duit. Almaklumlah, tengah bulan. Dekat-dekat nak raya. Roti yang Ina beli tu bekalan untuk sahur esok. 
"Apa Ina nak bagi?"
Kesian tapi takut ditipu. Nak bukak handbag, takut jadi kes ragut atau samun. 
"Apa nak buat ni?"
Keliling Ina penuh dengan orang yang isi minyak & pekerja stesen minyak. Tapi, masing-masing cuma perhatikan apa yang cakap dengan lelaki tu tanpa ada reaksi nak tolong Ina jauhkan diri daripada dia. Ina cuba tolak daripada bagi dia apa-apa sedekah. Ina pandang dia. Dia cuma tunggu sambil harapkan Ina bagi sikit duit. 
"5 ringgit pun tak ada?"

Ina mengelak sampai Ina dapat masuk kereta & start enjin. Dia masih tunggu kat tepi kereta sambil buat muka simpati, tadah tangan meminta lagi. Ohhh... Ina tak mampu biarkan dia macam tu. Dari dalam kereta, Ina seluk handbag. Keluarkan duit seringgit-seringgit yang ada (mungkin kurang daripada 5 ringgit). Bukak tingkap,Ina hulurkan duit tu. Dia nak salam tanda terima kasih. Ina tolak. "Saya Islam"
"Sorry-sorry. Saya tau tak boleh salam. Tapi banyak orang pegang-pegang boyfriend walaupun Islam", lebih kurang macam tu la maksud kata-kata dia. Tunggang langgang ayatnya. Puas fahamkan. Dia ulang berkali-kali. Sempat jugak dia bertanya 
"U sudah kawin?"
"Belum, uncle"
"U ingat cakap saya ye. Kalau dah jumpa boyfriend, keluar jalan-jalan, borak-borak; jangan pegang-pegang. U jangan simpan 'dalam itu komputer'. Tapi, ingat dalam otak U"

Nasihat yang berguna. Ina angguk. Ina cuba berlalu. Dia masih mahu bercakap. Ina mintak izin nak balik dengan alasan ada kerja nak buat.

Allah...sungguh Ina tak faham apa hikmahnya semua ni. Tapi, waktu Ina drive balik, Ina menangis. Sebak entah kenapa. Rasa macam dia sedang mendoakan sesuatu untuk Ina walaupun Ina cuma bagi sikit duit. Ina harap Ina sedekahkan rezeki tu pada orang yang betul, dapat bantu dia & dapat tunjukkan padanya kebaikan dalam Islam. 


02 September 2015

Kesayangan...???

Masa kecik-kecik dulu, Ina selalu dengar Kak Ana merajuk cakap... 
'Yelah. Anak kesayangan balik kan?'

Dan Mak akan jawab
'Semua anak Mak sayang...keluar dari Mak belaka.'

Yes. Betul tu. Tapi, bila dah kawen, Kak Ana cakap yang dia dah paham perasaan Mak. Bukan nak sayang sorang je. Cuma ada perasaan macam malas nak layan anak yang mengada lebih-lebih ni (macam Kak Ana la kan? hikhik...)

Baru-baru ni, ada kawan tanya pasal keluarga. Berapa ramai anak buah? Siapa yang paling disayangi?

Untuk pengetahuan, semuanya Ina pernah jaga. Dari bagi makan, tidurkan, mandikan & segala urusan penjagaan la Ina buat. Anak-anak buah fikir Cik Ina dorang ni garang tapi dorang tetap datang dekat & sayang Cik Ina. Tak caya, cuba tanya. Siap ada yang jadikan idola...hehe...

Bunyi agak berlagak & masuk bakul, angkat sendiri di situ. 

OK. Dalam 12 orang anak-anak buah, TAK ADA yang favourite or betul-betul kesayangan. Semuanya sama bagi Ina. Cuma yang paling kecik akan lebih diberi perhatian sebab Ina akan mudah teringat keletah dorang sampai rasa rinduuuuu sangat-sangat.

Bila jaga anak-anak buah, dorang ajar Ina erti sabar, jujur & kasih sayang sebenar. Anak-anak kecik tak pandai berbohong & setiap kata-kata dorang semuanya observation daripada segala kelakuan orang dewasa sekeliling dorang. So, behave in front of our children ye!

01 September 2015

Mensyukuri & Menghargai Mereka

OK. Entri untuk menghargai sahabat-sahabat Ina dari kecik sampai ke usia sekarang...

Ana Daai. Sara. Ana Hery. Juju.
Kawan zaman sekolah rendah yang rapat dengan Ina. Ada masalah, kami kongsi sama-sama. Susah payah bersama. Bila tak bawak duit gi sekolah, Sara akan belanja. Bagi keperluan/alat tulis. Bila berjalan kaki ke sekolah, Ana Daai teman setia. Ana Hery & Juju tempat ngadu masalah...

Ana Hery. Ica. Sue. Nisa. Nana. Elin.
Dari tingkatan 1 kami rapat. Teman makan, teman belajar, teman gosip, teman camping & segala aktiviti-aktiviti sekolah. Dorang tempat Ina menangis & ketawa. Walaupun selalu moody, dorang tetap ada dengan Ina.

Tini. EJ. Arif. Mas.Afiqah. Haza.
Masing-masing punya karektor berbeza. Ina rapat dengan setiap sorang sebab keunikan masing-masing. Tini & EJ antara yang pertama Ina jumpa time daftar asrama. Sebilik. Gila-gila. Dorang influence Ina untuk jadi mudah bergaul dengan orang. Teman melepak, belajar, memekak tengah malam. Tapi, otak dorang dahsyat! Budak bijak. Arif berpendirian. Banyak masalah yang kami kongsi sama-sama. Mas, Afiqah & Haza kawan sekelas. Perangai lain-lain. Mas banyak cakap, Haza pendiam tapi bijak. Afiqah sopan santun tapi gila-gila. OK. Rindu tetiba.

Azimah. Nurul. As. Kiah. Hetty. Heh. Aina. Mel.
Azimah, Nurul, As, Kiah & Hetty kawan satu dorm. Sentiasa ada time Ina perlukan kawan & teman. Heh, Aina & Mel kawan sekelas. Masing-masing berbeza. Tapi Ina sayang dorang sebab kebaikan & kesetiaan dorang. Tempat luah perasaan & segala stress.

Huda. Ain. Bona. Sha. Erlin. Yan. Diha. 
Huda, teman joging & bersukan. Aktif & baik. Ain, baik & alim. Seronok berbual tentang agama & hidup. Bona, kawan berkongsi masalah. Sha, tak ada kawan lain yang boleh gantikan dia. Sentiasa ada sepanjang di universiti. Sekali pandang, Ina boleh tau segala masalah dia. Umpama kembar seiras. Cuma saiz je berbeza. Erlin, seakrab Sha. Sentiasa ada dengan kami. Yan & Diha, lambat nak rapat. Tapi, tetap kawan yang memahami.

Mye. Kak Mazu.Kak Zai. Kak Shima. Gee. Aida. Abi
Tetiba jadi rapat dengan dorang. Selalu bersama walaupun baru kenal. Peneman kesunyian Ina. walaupun dorang tak berapa paham perangai Ina.

Mye. Shu. Fatin. Liza. Ifi. Kak Yan. Kak Earda. Kak Raimee. Haidhir.
Teman makan. Teman bergosip. Teman bercerita. Teman bershopping & bercuti. Ifi rumet merangkap teman berkongsi pendapat.  

Terima kasih buat segalanya sahabat-sahabat. Jasa korang sentiasa Ina ingat. Bukan senang untuk hidup dengan manusia pelik macam Ina ni. Moody. Cepat marah. Kuat merajuk. Semuanya Ina. Korang tetap ada, selalu melayan kerenah Ina. Ina sayang korang!!! Terima kasih sekali lagi...