16 September 2015

Lelaki di Caltex

Salam.

Kisah ni jadi petang tadi. Ina baru balik dari Wangsa Maju ke rumah staf. Singgah Caltex berhampiran, isi minyak & beli roti.

Waktu nak isi minyak, tiba-tiba datang seorang lelaki india lingkungan umur 50-an. Ina baru nak angkat nozel, nak isi minyak. Takut. Risau. 
"Apa yang dia nak?", terfikir macam-macam.
Dia cakap dalam bahasa Melayu yang susah nak difahamkan. Tapi, Ina cuma boleh faham yang motor dia hilang waktu isi minyak. Dia nak balik. Dia tak ada duit. Mintak Ina sedekahkan apa yang mampu. Mata dia asyik menatap roti yang Ina baru beli tadi. Ina tak banyak duit. Almaklumlah, tengah bulan. Dekat-dekat nak raya. Roti yang Ina beli tu bekalan untuk sahur esok. 
"Apa Ina nak bagi?"
Kesian tapi takut ditipu. Nak bukak handbag, takut jadi kes ragut atau samun. 
"Apa nak buat ni?"
Keliling Ina penuh dengan orang yang isi minyak & pekerja stesen minyak. Tapi, masing-masing cuma perhatikan apa yang cakap dengan lelaki tu tanpa ada reaksi nak tolong Ina jauhkan diri daripada dia. Ina cuba tolak daripada bagi dia apa-apa sedekah. Ina pandang dia. Dia cuma tunggu sambil harapkan Ina bagi sikit duit. 
"5 ringgit pun tak ada?"

Ina mengelak sampai Ina dapat masuk kereta & start enjin. Dia masih tunggu kat tepi kereta sambil buat muka simpati, tadah tangan meminta lagi. Ohhh... Ina tak mampu biarkan dia macam tu. Dari dalam kereta, Ina seluk handbag. Keluarkan duit seringgit-seringgit yang ada (mungkin kurang daripada 5 ringgit). Bukak tingkap,Ina hulurkan duit tu. Dia nak salam tanda terima kasih. Ina tolak. "Saya Islam"
"Sorry-sorry. Saya tau tak boleh salam. Tapi banyak orang pegang-pegang boyfriend walaupun Islam", lebih kurang macam tu la maksud kata-kata dia. Tunggang langgang ayatnya. Puas fahamkan. Dia ulang berkali-kali. Sempat jugak dia bertanya 
"U sudah kawin?"
"Belum, uncle"
"U ingat cakap saya ye. Kalau dah jumpa boyfriend, keluar jalan-jalan, borak-borak; jangan pegang-pegang. U jangan simpan 'dalam itu komputer'. Tapi, ingat dalam otak U"

Nasihat yang berguna. Ina angguk. Ina cuba berlalu. Dia masih mahu bercakap. Ina mintak izin nak balik dengan alasan ada kerja nak buat.

Allah...sungguh Ina tak faham apa hikmahnya semua ni. Tapi, waktu Ina drive balik, Ina menangis. Sebak entah kenapa. Rasa macam dia sedang mendoakan sesuatu untuk Ina walaupun Ina cuma bagi sikit duit. Ina harap Ina sedekahkan rezeki tu pada orang yang betul, dapat bantu dia & dapat tunjukkan padanya kebaikan dalam Islam.