17 October 2015

Perkongsian Ilmu (Islam)

Salam. Sibuk dengan urusan kerja. Tak sempat buat entri. Hope ilmu yang dikongsi ni berguna untuk semua. Kebanyakannya diketahui dari pembacaan & perkongsian melalui internet & sahabat-sahabat.
  • Lakukan solat Dhuha setiap hari supaya dipermudahkan & dibuka pintu rezeki.


Niat & Doa Selepas Solat Dhuha

  • Lepas solat Dhuha, bacalah surah Al-Waqi'ah. Moga diperluaskan rezeki kita.
  • Bagi yang lambat jodohnya atau sentiasa rasa hidup bermasalah, bacalah Surah Yaasin di waktu pagi. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan.
  • Ayat Kursi - elok diamalkan sebelum melangkah keluar dari rumah (waktu pagi) & setiap kali lepas solat. Hikmahnya terhindar daripada segala kejahatan & dipermudahkan urusan hidup.
  • Surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) - waktu memasak, baca surah ni berserta selawat & kacau masakan ikut arah lawan jam. Moga ahli keluarga dieratkan hubungan, lahir anak-anak yang soleh & dilapangkan dada.
  • Setiap Jumaat, bacalah surah Al-Kahfi. Dikatakan hikmahnya kita dihindari daripada segala fitnah dunia hingga hari Jumaat seterusnya. InsyaAllah.

P/S: Perkongsian ni bukan untuk bermegah dengan ilmu. Tapi, untuk diamalkan oleh insan lain & menjadi rujukan Ina sendiri untuk masa akan datang. Moga ada yang mengamalkan. Kalau nak lebih tepat hikmah-hikmahnya, bertanyalah pada yang lebih arif.

No comments: