05 November 2015

Latihan Industri, Internship, Skills Program

Salam.
Terasa nak kongsi pengalaman tentang praktikal/internship/latihan industri/skills program. 

First internship Ina kat Menara TM. Kat depan UM tu. Memang tak ada knowledge pasal maintenance atau wiring. So, kat sini Ina cari kawan & tanya banyak benda kat superior. Manager yang jaga Ina tu sebenarnya senior Ina yang dah bertahun-tahun grad (memang tak kenal sebelum tu). Tapi, lecturer kami sama. Masa tu dapat intern sekali dengan budak-budak UiTM Mechanical & Electrical. Manager tu tak ada schedule lengkap pun. Tapi, dia mintak kami pilih apa sistem yang kami nak fahamkan. Kami ambil time sendiri untuk tengok blue print & lukis semula ikut kefahaman kami (hand writing je). Bila nak turun ikut abang-abang maintenance, manager tak bagi. Untuk keselamatan kami jugak sebab abang-abang ni DAHSYAT! Bila dapat peluang, kami turun ramai-ramai. Tengok, belajar, bertanya & ambil gambar apa yang patut. Dapat jugak peluang kami panjat puncak Menara TM tu.

Habis belajar, Ina masuk Investment training. Kat sini pun ada intern. Sempat la sebulan jadi client dalam construction dorang. Bina properties untuk investment purpose. Mengadap subcon & consultant. Seronok sebab dapat mengarah & faham dunia construction sikit.

Lepas tu, Ina lari ke skills program untuk robotic & automation. Ini memang minat Ina. Main dengan PLC, robotic arm & electronics. Belajar sebulan, intern 2 bulan. Ina intern dekat bahagian robotik COE, UNITEN. Dapat buat line follower robot, program PHP & manual robotic arm untuk students. Sempat jugak involve dalam projek dorang untuk TNB. Boiler Header Robot. Tolong apa yang boleh.

Pernah dengar pasal GEMS? Yang tu pun Ina join. Kursus dekat Genting selama sebulan. Then, sambung intern. Kali ni, buat maintenance dekat kilang Pharmaniaga. Ina jaga mesin laundry, pest control, toilet & kadang-kadang, dapat jugak ikut abang-abang maintenance masuk baiki mesin-mesin dalam kilang.

Waktu Ina grad, ekonomi teruk. So, Ina tak pilih kerja. Apa yang Ina boleh buat, Ina join je. At least tambah pengalaman & ilmu. Ina kongsi cerita supaya adik-adik yang nak intern tu semangat cari ILMU & PENGALAMAN. Jangan mengharapkan superior saja. Kena ada initiative untuk belajar. Ramai yang memburuk-burukkan company tempat intern dorang tapi, dorang tak guna peluang untuk belajar. Change the mind set & be good for your own benefits.

No comments: