28 December 2015

Chalet TukTuk - 24 Disember 2015

Short & simple vacay for my family.

On 24th December, decide nak cari chalet. Call this place, owner cakap kosong. Boleh masuk. Confirm kan, on the spot balik packing barang. The whole Zawawi's family joined except Am & Imah. Balik Perak katanya. 

Petang tu, sempat singgah Pasar Selayang beli barang makanan untuk BBQ & semalaman kat sana. Anak-anak buah memang excited sebab nak mandi sungai. Sampai sana dalam pukul 6. Masuk bilik, solat & buat bara untuk BBQ. Lepak dekat hall depan chalet dari lepas maghrib sampai tengah malam. Yang kecik dapat movie time dengan laptop. Yang dewasa sibuk masak & makan sambil borak. Syok dapat luangkan masa borak & plan pasal family. 

Esoknya, pagi-pagi lagi bangun solat & siap-siap nak makan. Lapar. Sambung membakar makanan untuk sarapan & bawak gi sungai. Lepas pack barang, kami cari sungai kat belakang tu. Tempat yang so-so untuk mandi manda. Tak nampak air terjun tapi ada kawasan untuk yang kanak-kanak mandi & orang dewasa 'berkubang'. Air sejuuukkk sangat. Masuk sekejap je dah menggigil sejuk. Puas mandi, kami bukak bekal, makan. Semua bekalan licin! Hihi...kelaparan...

Pukul 11 lebih, semua dah dipanggil untuk balik chalet. Siap-siap tukar baju & check out. Rate agak murah & berbaloi dengan unplanned vacation ni. RM80 untuk 1 bilik (2 katil besar & 1 bilik air). Semua serba sederhana tapi cukup untuk kami.Ni gambar-gambar yang Ina ambil.

Bilik & kawasan lapang untuk anak-anak main


BBQ facilities. Boleh sewa peralatan lain.

Hall jadi tempat makan & borak kami

Movie Time untuk si kecik

Makcik nak enterprem jugak

Seafood & Nescafe

Membakar. Yang lain, melepak.

:)

View sungai 1

View sungai 2

View sungai 3

No comments: