05 October 2016

Pengalaman: Berhujan, Pine Tree Trail

Salam.

Lama sungguh berhenti berblog. OK. Nak cerita pengalaman-pengalaman baru.

Last 3 weeks, Ina join Larian Run for National Unity 2016. Yang join termasuklah OKU. Seronok tengok dorang 'berbual' dengan cara dorang. Ina jadi pemerhati sebab tak paham apa-apa. Hari tu, pertama kali Ina berlari dalam hujan lebat sampai HP terkorban. Masuk air & rosak. Ada seorang kakak ni, dari awal sampai, dok pandang Ina sambil senyum. Tiba-tiba, datang dekat. Ajak nak lari sama-sama. OK. New friend. Kak Ita. Rupa-rupanya, dia hiker. Baru nak try larian. Ina pulak minat hiking tapi, zaman belajar kena kawal dengan family; tak boleh hiking. Kebetulan, malam tu dia nak ke Gunung Rajah. Ina pun cakap nak join kalau ada sesi hiking yang tak ganggu masa kerja.

Gambar sebelum HP rosak
Next week nya, Kak Ita ajak pergi Pine Tree Trail kat Fraser Hill. Free & kebetulan offday Ina. So, join! Pengalaman pertama hiking dengan hikers yang hebat-hebat. Segala barang nak cari pun tak tau. Mintak nasihat Kak Ita. Kami gerak malam, naik Fraser Hill. Kak Ita drive sampai ada yang muntah-muntah pening kepala. Perut Ina meragam jugak tapi tak muntah. Sampai resort pukul 2 pagi. Mujur ada team yang dah sampai tolong bukakan pintu untuk kami. Tengah tidur, kami terjaga sebab terlampau sejuk. Hidung dah beku..
Pine Tree Trail


Pukul 7.30 pagi, kami dah bersiap tunggu kat bawah. Tapi sebab ramai yang lain masih tak siap, hampir pukul 9 baru masuk. Baru setengah jam jalan, tangan kebas. Badan dah rasa sejuk, jantung berdegup kencang je. tiba-tiba melelong. Mujur sempat capai akar pokok. Kalau tak, tak tau apa jadi. Ija (geng hiking) tolong baringkan & angkat kaki tinggi-tinggi. Dah lega, baru dapat tengok sekeliling. Kami terus berjalan. Ija pegangkan beg sampai Ina betul-betul stabil. Perjalanan masuk 4 jam. Sampai puncak, punya la seronok. Nak balik, menangis la nak jalan. 4 jam perjalanan jugak. Tengah jalan hujan lebat.
Laluan sebelum sampai puncak
Sampai kereta, kami terus drive turun ke KKB. Mujur sempat solat Zohor & Asar kat sana. Dalam kepenatan & kelaparan, entah berapa kali Ina tidur. Ina sampai kat rumah pukul 11 malam. Letih & seronok. Walaupun kaki sakit, inilah pengalaman. Rasa nak join lagi. InsyaAllah...



09 August 2016

Hidup Seorang Ina

Kata mereka...

Ina payah nak difahami, moody, cepat marah, baran, degil, suka menyendiri.

Yang payah memahami tu mereka. Yang tak pernah mau memahami.

Moody, cepat marah, baran; iya. bagi mereka yang 'buat hal'.

Degil tu tidak. Letih dengan yang payah buat keputusan, yang sentiasa mau 'menang'.

Suka menyendiri. Ya, bila perlu. Bukan anti-sosial, tapi perlu berdikari bila tiada yang meneman, bila perlu lakukan sendiri kerja-kerja yang ada. Kalau bershopping, mungkin Ina lebih tenang dengan berseorangan. Tak kejar masa orang lain, tak perlu meleretkan masa menunggu seseorang, boleh cari benda yang nak & balik bila semua selesai. 

Kalau payah memahami INA, tinggalkan dia sendiri. InsyaAllah, Allah jaga...

16 July 2016

Aidilfitri 2016

6 Julai 2016 bersamaan 1 Syawal 1437H

Tahun ni, Kak Aida kehilangan ibunya pada 16 Ramadhan. Dorang 1 keluarga balik Seremban untuk raya ni. Tahlil & Raya kat sana. Am pulak, Imah tengah sarat tunggu kelahiran bayi pertama. So, tak dapat balik kampung dengan kami. Lan, baru bertugas sebagai Imam Masjid Serendah. Kena bertugas di Hari Raya sebab imam 1,2 & 3 request nak balik raya (dah 2 tahun tak balik katanya). Daripada 8 beradik seibu sebapa, 3 dah tak ada. Tinggal kami berlima je. Raya di Pangkal Jenereh, kampung nenek yang lamaaaa sangat ditinggalkan. Bulan lepas balik pun tak sempat mengemas. Balik kali ni, habis seluruh keluarga bergotong royong kemas (sian anak-anak buah yang puasa...letih!)

1,3,5,7,8

Zawawi's family yang ada

Gegurls & Abah




Before gerak balik KL, semuanya OK. Raya ke-4, kami gerak balik sebelah petang. Tinggal Abah sorang kat sane untuk urusan rumah tu. Belum jauh pun kami pergi, Abah send wassap. Kepala berbalut dengan kesan jahit kat kepala. Rajin membersih petang-petang, Abah jatuh masa paut pada dahan yang patah. Kepala terhantuk batu. Bercucuran darah keluar. Terpaksa la ke hospital. Mujur Kak Ana masih ada. Dia bawak Abah ke hospital, tinggal anak kat rumah & datang Pangkal Jenereh untuk teman Abah. Esoknya baru Abah bergerak balik KL.

Hari Isnin (raya ke-6), anak-anak buah keluar pergi sekolah. Azzalea ke sebelah rumah (pengasuh). Khaliesa masuk semula, bagitau Tijah (kucing kesayangan Epul) dilanggar orang. Mati betul-betul depan rumah. Siapa punya kerja??? Huhu..orang yang melanggar tak nampak atau sengaja larikan diri, kami tak tau. Sampai sekarang tak datang mintak maaf pun. Ajal Tijah dah sampai. Jackie keseorangan lepas Tijah tak ada. Main taknak, menung banyak..buat perangai pelik-pelik. 

Semua ni kenangan. Semua ni ada hikmahnya. Ada kejadian lain masa Syawal ni. Biar keluarga saja tau. Kejadian tu buat Ina jauh hati, terfikir nak menyendiri. Tapi, tak boleh. Pasti ada hikmahnya kan? Redha je laaaa...

21 March 2016

Mac 2016 Yang Sangat Bermakna

Bukan tujuan nak bangga diri. Cuma nak kongsi cerita supaya ada yang teringin jugak ke sana.

Disember tahun lepas, Ina try nak join Mak umrah dengan kawan-kawan. Tapi tak dapat sebab tak ada mahram. Bila Abah dapat tau, dia ajak buat dengan dia & dia cari pakej yang kawan dia buat. Misbah Travel & Tours. Bukan trip yang mewah. Sangat sederhana & cukup la untuk kami. Abah register nama Ina, Abah & Adik. Mak pun nak ikut. Katanya, nanti Ina tak ada kawan. So, berempat la kami.

Bertolak dari KL pukul 4 petang ke Dhaka, Bangladesh. Pengalaman pertama umrah & naik kapal terbang. Agak 'peghak' la rasanya kan? Semua benda tak tau..huhu. Sampai Dhaka around 6.30petang (waktu sana). Dah Maghrib, sempat kami jamak takdim. Pukul 11malam baru gerak ke Jeddah. Sampai pagi-pagi buta, tunggu nak masuk imegresen. Mujur tak lama. Kami terus gerak ke Madinah dengan bas lepas subuh. Seharian keletihan dalam perjalanan, pukul 12.30tengahari baru sampai Madinah. 

Untuk pengetahuan, group ni ada 31 orang termasuk ustaz Mutawwif kami. 3 orang tua berkerusi roda. Kebanyakannya orang-orang berumur. Cuma Ina perempuan yang muda. Lelaki ada la 2-3 orang termasuk Adik. Ina berkawan dengan makcik-makcik je.

Masjid Nabawi dekat sangat dengan hotel. Ramai umat Islam berlainan bangsa. Tak faham bila bercakap dengan dorang, tapi tetap boleh solat sama-sama. Kat sana, sempat la shopping barang-barang untuk keluarga & kawan-kawan. Mak cakap, barang di Madinah jauh lagi murah daripada di Mekah. 4 hari je kat sana. Hari last kat Madinah, hari untuk Ina buat umrah pertama. Seronok, tak sabar & cuba buat sebaik-baiknya.

Niat di Bir Ali, gerak ke Mekah. Hampir tengah malam, kami sampai hotel. Pukul 1-2 pagi baru nak mula tawaf. Letih, tapi semangat nak buat. Bila selesai, rasa lega sangat. Hari kedua, kami melawat tempat-tempat sekitar Mekah & niat di Ja'ranah. Sekali lagi buat umrah berkumpulan. Hari-hari lain, kami niat di Tana'im & buat sendiri dengan keluarga. Sempat jugak ikut ustaz ke Jabal Nur. Merasa la memanjatnya, selit-selit tepi batu. Tapi Gua Hira' ramai. Tak dapat la nak merasa masuk situ. Ina satu-satunya perempuan yang ikut ustaz pegi Jabal Nur tu. Mujur ada Adik.

Kebanyakan waktu solat, Ina & Mak solat di masjid. Balik bilik pun sekejap-sekejap. Shopping tak banyak, sambil-sambil ke masjid je. Syukur Allah bagi masa & ruang yang banyak. Nampak banyak kebesaran yang ditunjuk. 

Akhir-akhir waktu nak balik Malaysia, ramai umat yang datang. Bersesak-sesak. Penuh sentiasa masjid tu. Ada duit, usia muda & masih sihat, ambil la peluang pegi ye. Kalau yang tua, kesian terhimpit-himpit dalam sesak. Yang sakit, lagi susah nak bergerak. Ina tak kisah tak pernah melancong tempat-tempat lain asalkan Allah bagi ruang untuk pegi lagi. Ina pernah niat, biar la pengalaman pertama naik kapal terbang tu yang paling bermakna dalam hidup & Allah makbulkan dengan pengalaman ni. Terasa macam percutian keluarga yang damai, tenang & diberkati. InsyaAllah, ada masa, nak datang lagi. Jom!
Masjid Nabawi

Bukit Marwah

Lepas Saie

Jabal Rahmah

Jabal Nur

Kaki bukit Jabal Nur

Area kaabah

Menunggu kat Airport Jeddah untuk balik





03 February 2016

Hilangkan Stress Cara Ina Awie

  1. Menangis puas-puas sampai rasa pasni tak nak nangis lagi
  2. Berdoa supaya ditenangkan fikiran
  3. Berjoging (round padang/taman sampai berpeluh)
  4. Buat dunno dengan orang penyebab stress (termasuk bos)
  5. Berkaraoke (dalam kereta atau keluar dengan kawan)
  6. Tengok wayang (sorang-sorang pun boleh)
  7. Window shopping (jangan membazir, tengok je. Beli kalau perlu)
  8. Balik rumah tengok Mak, Abah & anak-anak sedara
  9. Merayau pergi taman-taman atau air terjun
  10. Holiday!!
**Ini cara Ina Awie. Cara korang, ikut suka korang la. Don't judge me.

28 January 2016

I Am Not Desperate!!!

Disebabkan selalu diaju dengan soalan tentang jodoh, Ina sentiasa senyum & jawab 'Doa-doakan la. Mana tau doa korang termakbul. Ada jodoh, kawin la.'

Actually, keinginan ada. Cuma belum jumpa yang sebetulnya jodoh. Tak terdesak pun. Still boleh adapt dengan semua kesukaran ni bersendirian / bersama family. So, please stop thinking of my life. Ina masih ada Allah. 

Baru-baru ni, sekali lagi manusia lelaki mengganggu. Tanya status Ina, mintak nak kenal. It's OK. Bila dah kenal, Ina tanya status. SUAMI ORANG. Then, dengan rasa tak bersalah, teruskan berbalas mesej dengan Ina. Sorry, Ina tak nak layan borak dengan suami orang. Awak mungkin fikir takkan jadi apa-apa. Tapi, si anak dara yang tak kawin-kawin ni yang akan nampak bersalah depan mata semua orang. So, baik elak daripada terkena.  

Kalau la yang berbual / bermesej tu kawan sekolah / universiti / kerja, Ina biasanya pastikan Ina kenal wife dia. Atau mungkin bermesej tentang hal penting saja. Ina tak desperate lagi nak kacau laki orang ye.

Owh..lupa. Ina teringin nak fly pertama kali. Doakan Ina dapat tunaikan tahun ni & destinasinya sangat bermakna. InsyaAllah....