21 March 2016

Mac 2016 Yang Sangat Bermakna

Bukan tujuan nak bangga diri. Cuma nak kongsi cerita supaya ada yang teringin jugak ke sana.

Disember tahun lepas, Ina try nak join Mak umrah dengan kawan-kawan. Tapi tak dapat sebab tak ada mahram. Bila Abah dapat tau, dia ajak buat dengan dia & dia cari pakej yang kawan dia buat. Misbah Travel & Tours. Bukan trip yang mewah. Sangat sederhana & cukup la untuk kami. Abah register nama Ina, Abah & Adik. Mak pun nak ikut. Katanya, nanti Ina tak ada kawan. So, berempat la kami.

Bertolak dari KL pukul 4 petang ke Dhaka, Bangladesh. Pengalaman pertama umrah & naik kapal terbang. Agak 'peghak' la rasanya kan? Semua benda tak tau..huhu. Sampai Dhaka around 6.30petang (waktu sana). Dah Maghrib, sempat kami jamak takdim. Pukul 11malam baru gerak ke Jeddah. Sampai pagi-pagi buta, tunggu nak masuk imegresen. Mujur tak lama. Kami terus gerak ke Madinah dengan bas lepas subuh. Seharian keletihan dalam perjalanan, pukul 12.30tengahari baru sampai Madinah. 

Untuk pengetahuan, group ni ada 31 orang termasuk ustaz Mutawwif kami. 3 orang tua berkerusi roda. Kebanyakannya orang-orang berumur. Cuma Ina perempuan yang muda. Lelaki ada la 2-3 orang termasuk Adik. Ina berkawan dengan makcik-makcik je.

Masjid Nabawi dekat sangat dengan hotel. Ramai umat Islam berlainan bangsa. Tak faham bila bercakap dengan dorang, tapi tetap boleh solat sama-sama. Kat sana, sempat la shopping barang-barang untuk keluarga & kawan-kawan. Mak cakap, barang di Madinah jauh lagi murah daripada di Mekah. 4 hari je kat sana. Hari last kat Madinah, hari untuk Ina buat umrah pertama. Seronok, tak sabar & cuba buat sebaik-baiknya.

Niat di Bir Ali, gerak ke Mekah. Hampir tengah malam, kami sampai hotel. Pukul 1-2 pagi baru nak mula tawaf. Letih, tapi semangat nak buat. Bila selesai, rasa lega sangat. Hari kedua, kami melawat tempat-tempat sekitar Mekah & niat di Ja'ranah. Sekali lagi buat umrah berkumpulan. Hari-hari lain, kami niat di Tana'im & buat sendiri dengan keluarga. Sempat jugak ikut ustaz ke Jabal Nur. Merasa la memanjatnya, selit-selit tepi batu. Tapi Gua Hira' ramai. Tak dapat la nak merasa masuk situ. Ina satu-satunya perempuan yang ikut ustaz pegi Jabal Nur tu. Mujur ada Adik.

Kebanyakan waktu solat, Ina & Mak solat di masjid. Balik bilik pun sekejap-sekejap. Shopping tak banyak, sambil-sambil ke masjid je. Syukur Allah bagi masa & ruang yang banyak. Nampak banyak kebesaran yang ditunjuk. 

Akhir-akhir waktu nak balik Malaysia, ramai umat yang datang. Bersesak-sesak. Penuh sentiasa masjid tu. Ada duit, usia muda & masih sihat, ambil la peluang pegi ye. Kalau yang tua, kesian terhimpit-himpit dalam sesak. Yang sakit, lagi susah nak bergerak. Ina tak kisah tak pernah melancong tempat-tempat lain asalkan Allah bagi ruang untuk pegi lagi. Ina pernah niat, biar la pengalaman pertama naik kapal terbang tu yang paling bermakna dalam hidup & Allah makbulkan dengan pengalaman ni. Terasa macam percutian keluarga yang damai, tenang & diberkati. InsyaAllah, ada masa, nak datang lagi. Jom!
Masjid Nabawi

Bukit Marwah

Lepas Saie

Jabal Rahmah

Jabal Nur

Kaki bukit Jabal Nur

Area kaabah

Menunggu kat Airport Jeddah untuk balik





No comments: