16 July 2016

Aidilfitri 2016

6 Julai 2016 bersamaan 1 Syawal 1437H

Tahun ni, Kak Aida kehilangan ibunya pada 16 Ramadhan. Dorang 1 keluarga balik Seremban untuk raya ni. Tahlil & Raya kat sana. Am pulak, Imah tengah sarat tunggu kelahiran bayi pertama. So, tak dapat balik kampung dengan kami. Lan, baru bertugas sebagai Imam Masjid Serendah. Kena bertugas di Hari Raya sebab imam 1,2 & 3 request nak balik raya (dah 2 tahun tak balik katanya). Daripada 8 beradik seibu sebapa, 3 dah tak ada. Tinggal kami berlima je. Raya di Pangkal Jenereh, kampung nenek yang lamaaaa sangat ditinggalkan. Bulan lepas balik pun tak sempat mengemas. Balik kali ni, habis seluruh keluarga bergotong royong kemas (sian anak-anak buah yang puasa...letih!)

1,3,5,7,8

Zawawi's family yang ada

Gegurls & Abah




Before gerak balik KL, semuanya OK. Raya ke-4, kami gerak balik sebelah petang. Tinggal Abah sorang kat sane untuk urusan rumah tu. Belum jauh pun kami pergi, Abah send wassap. Kepala berbalut dengan kesan jahit kat kepala. Rajin membersih petang-petang, Abah jatuh masa paut pada dahan yang patah. Kepala terhantuk batu. Bercucuran darah keluar. Terpaksa la ke hospital. Mujur Kak Ana masih ada. Dia bawak Abah ke hospital, tinggal anak kat rumah & datang Pangkal Jenereh untuk teman Abah. Esoknya baru Abah bergerak balik KL.

Hari Isnin (raya ke-6), anak-anak buah keluar pergi sekolah. Azzalea ke sebelah rumah (pengasuh). Khaliesa masuk semula, bagitau Tijah (kucing kesayangan Epul) dilanggar orang. Mati betul-betul depan rumah. Siapa punya kerja??? Huhu..orang yang melanggar tak nampak atau sengaja larikan diri, kami tak tau. Sampai sekarang tak datang mintak maaf pun. Ajal Tijah dah sampai. Jackie keseorangan lepas Tijah tak ada. Main taknak, menung banyak..buat perangai pelik-pelik. 

Semua ni kenangan. Semua ni ada hikmahnya. Ada kejadian lain masa Syawal ni. Biar keluarga saja tau. Kejadian tu buat Ina jauh hati, terfikir nak menyendiri. Tapi, tak boleh. Pasti ada hikmahnya kan? Redha je laaaa...

No comments: