05 October 2016

Pengalaman: Berhujan, Pine Tree Trail

Salam.

Lama sungguh berhenti berblog. OK. Nak cerita pengalaman-pengalaman baru.

Last 3 weeks, Ina join Larian Run for National Unity 2016. Yang join termasuklah OKU. Seronok tengok dorang 'berbual' dengan cara dorang. Ina jadi pemerhati sebab tak paham apa-apa. Hari tu, pertama kali Ina berlari dalam hujan lebat sampai HP terkorban. Masuk air & rosak. Ada seorang kakak ni, dari awal sampai, dok pandang Ina sambil senyum. Tiba-tiba, datang dekat. Ajak nak lari sama-sama. OK. New friend. Kak Ita. Rupa-rupanya, dia hiker. Baru nak try larian. Ina pulak minat hiking tapi, zaman belajar kena kawal dengan family; tak boleh hiking. Kebetulan, malam tu dia nak ke Gunung Rajah. Ina pun cakap nak join kalau ada sesi hiking yang tak ganggu masa kerja.

Gambar sebelum HP rosak
Next week nya, Kak Ita ajak pergi Pine Tree Trail kat Fraser Hill. Free & kebetulan offday Ina. So, join! Pengalaman pertama hiking dengan hikers yang hebat-hebat. Segala barang nak cari pun tak tau. Mintak nasihat Kak Ita. Kami gerak malam, naik Fraser Hill. Kak Ita drive sampai ada yang muntah-muntah pening kepala. Perut Ina meragam jugak tapi tak muntah. Sampai resort pukul 2 pagi. Mujur ada team yang dah sampai tolong bukakan pintu untuk kami. Tengah tidur, kami terjaga sebab terlampau sejuk. Hidung dah beku..
Pine Tree Trail


Pukul 7.30 pagi, kami dah bersiap tunggu kat bawah. Tapi sebab ramai yang lain masih tak siap, hampir pukul 9 baru masuk. Baru setengah jam jalan, tangan kebas. Badan dah rasa sejuk, jantung berdegup kencang je. tiba-tiba melelong. Mujur sempat capai akar pokok. Kalau tak, tak tau apa jadi. Ija (geng hiking) tolong baringkan & angkat kaki tinggi-tinggi. Dah lega, baru dapat tengok sekeliling. Kami terus berjalan. Ija pegangkan beg sampai Ina betul-betul stabil. Perjalanan masuk 4 jam. Sampai puncak, punya la seronok. Nak balik, menangis la nak jalan. 4 jam perjalanan jugak. Tengah jalan hujan lebat.
Laluan sebelum sampai puncak
Sampai kereta, kami terus drive turun ke KKB. Mujur sempat solat Zohor & Asar kat sana. Dalam kepenatan & kelaparan, entah berapa kali Ina tidur. Ina sampai kat rumah pukul 11 malam. Letih & seronok. Walaupun kaki sakit, inilah pengalaman. Rasa nak join lagi. InsyaAllah...



No comments: