15 July 2017

Kenapa Berlari?

OK. Saja buat entri ni sebab ramai yang cakap "Ina ni suka sangat berlari..'

Kenapa Berlari?

  1. Hobi sejak kecik. Siapa yang kenal Ina dari zaman sekolah, tau la yang Ina memang suka acara larian.
  2. Game yang paling mudah. Tak ada rules, tak perlu peralatan khas.
  3. Nak sihat. Hari-hari kita boleh jog kecuali hari hujan. Nak sihat, kena bersenam.
  4. Itu je game yang Ina boleh buat. Ina tak masuk segala bola jaring, bola keranjang, bola tampar... sebab tak suka rules yang banyak & tak pernah rasa nak belajar.
  5. Step untuk mencabar diri. Motivasi diri jugak sebenarnya. Dari satu distance yang pendek, Ina dah cuba 1/2 marathon. InsyaAllah...nak try biasa dengan 1/2 marathon dulu baru boleh try full marathon.
Cukup la tu ye... Oh ye, jangan fikir Ina sehebat atlet. Ina tak pernah pun dapat 1st prize, second or third. Berlari cuma hobi & nak sihat. Bukan jaguh pun...

17 June 2017

Ramadhan Ina

Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Hari ni dah masuk hari ke-22 puasa. Tinggal seminggu lagi puasa...

Apa yang best bila Ramadhan?

Kalau zaman sekolah rendah dulu, Ramadhan ialah 'sebulan balik awal'. Sekolah agama akan ada tadarus setiap petang. Hujung Ramadhan ada majlis tadarus. Balik awal sebab takut tak sempat berbuka dengan keluarga.

Zaman asrama, seronok. Petang-petang, prep pun malas. Bersembang je. Balik mandi, terdengar kawan-kawan tanya 'Nak order makanan tak? Kami ikut Sir Zack gi Bazar'. Time tu, berjela-jela la senarai makanan. Roomate Ina tukang ambil order. Hehe..so, makanan untuk kami mesti ada. Setiap hari, ada homeroom yang akan turun sediakan makanan (berhidang untuk setiap meja) kat DS. Bila sampai kami yang senior ni, kecoh la satu dewan selera tu. Sibuk tapi seronok.

Zaman universiti, semua kena buat sendiri. Gi bazar naik bas. Balik kolej, berkumpul kat satu bilik. Bukak laptop. Sediakan satu cerita untuk ditonton sambil berbuka. Biasanya kawan satu kos ni memang akan bukak anime (Ina yang tak layan pun, ngadap jugak).

Masa kerja, dok rumah staf. Seronok memasak sama-sama. Siap ada giliran lagi. Yang chef akan bagi menu. Yang lain, akan turun membantu. Serius best sebab banyak idea, resipi & cara masak yang berlainan. Pernah setahun tu, sepanjang Ramadhan kami memasak kat rumah.

Dan... Ramadhan yang paling diingati adalah Ramadhan 2009. Arwah Mek (nenek sebelah Mak) jatuh sakit dan meninggal pada 25 Ramadhan. Kami balik kampung awal. Sepanjang Ramadhan yang berbaki tu kami buat tahlil & tarawikh di rumah. Agak sibuk tapi puas hati sebab semuanya anak cucu yang buat...

Alfatihah buat Arwah Mek. Setiap Ramadhan Ina mesti teringatkan arwah yang sangat baik & sentiasa pentingkan cucu-cucunya...

16 May 2017

Ustaz Legend

Selamat Hari Guru!

Sempena hari guru, Ina story sikit pasal Ustaz Legend.

Kalau zaman sekarang, cikgu cubit pun dah masuk berita kan? Ustaz kami ni bukan setakat cubit. Tendang, lempang, sepak, terajang pun ada. Rotan tu biasa dah.

Ni sekolah agama negeri. Dia satu-satunya ustaz dalam sekolah tu, merangkap Guru Besar. Kalau tengok, dia tak la garang. Cuma, bila korang buat salah, bersedialah terima akibat.

Setiap kali Jumaat terakhir setiap bulan, kami akan gotong royong bersihkan sekolah. Selalunya, dari tengahari sampai waktu rehat. Lepas rehat, solat Asar & berkumpul dalam 1 dewan. Kalau ada kes besar, memang lambat la kami balik. Soal siasat & sesi rotan, lempang, sepak & terajang. Ustaz ni memang terkenal dengan aksi tu sejak zaman kakak & abang Ina sekolah lagi. Tujuannya, kami mengaku salah, terima hukuman & janji tak akan buat lagi. Macam kes 'Kencing Dalam Botol' yang Ina cerita dulu. Murid tu dibelasah tapi setimpal dengan perbuatan. Memang budak tu insaf terus. Maluuu...

Batch Ina, memang banyak jugak kes besar. Kami memang ketakutan bila dipanggil naik 'dewan'.
'Mesti ada kes ni...'

Ina cerita semua ni cuma nak membezakan cara pengajaran dulu & sekarang. Macam mana kes ustaz sepak terajang pelajar ni tak pernah kecoh? Ibubapa kebanyakannya tau. Tapi, masih hantar anak ke sekolah tu. Sebab ibubapa yakin dengan cara ustaz ustazah kami.

Terima kasih semua ustaz ustazah SRASC. Jarang disebut & dikenang kan? Mereka la yang ajar Ina Al-Quran, Fikah, Tauhid, Tajwid, Arab & lain-lain (tak ingat berapa subjek dah). Ada yang Ina masih ingat cara & apa yang diajarkan...

01 May 2017

Cinta Baru?

Tak perlu sempurna di mata MEREKA. Cukup la yang TERBAIK untukku.
Kacak atau tak, bukan ukuran.
Berjawatan tinggi atau tak, bukan masalah.
Yang penting, agamanya. Cukup la yang melengkapi segala sifat & perangai Ina.
Mungkinkah DIA? Allah saja yang tahu. Mohon dipermudahkan...

02 February 2017

5 Tahun Lagi???

Cinta Pertama - 2004/2005
Zaman cinta monyet lagi kot. Walaupun dah habis sekolah, tapi masih belajar lagi time ni. Tak dating langsung. PJJ katanya.. Tapi, tak tahan lama. Nak jadi kawan tapi ditentang girlfriend baru dia. So, lost contact la.

Cinta Kedua - 2010/2011
Haa.. 5 tahun kemudian OK! Dah selesai degree. Tapi, hubungan tu sekadar 'teman masa konvo' je. Then, tamat.

Cinta Ketiga - 2016/2017
5 tahun lagi? Hurm...sekejap sangat. Kenal, rapat, baik. Tetiba menjauh, putus. Ada reason yang munasabah. Ina faham. So, sekali lagi...kecewa.

Ermmm...nak kena tunggu lagi 5 tahun ke??? Dah tua dah time tu.... Moga Allah permudahkan segalanya...Amin.

Kenapa cerita? Ina punya blog kan? Suka hati la! Hihi

31 January 2017

Kisah Hadi & Lina

Kenangan..AMWAY PJ

Hurm...Ina tulis sebagai kenangan. Jangan salahkan dia. Dia perlu ruang.

2 tahun sebelum:
Kami kenal sebagai Subcon & Main Con. Tak pernah ada peluang untuk rapat (sebab Ina tak berapa suka cara kerja dia). Dia minat Ina dalam diam. 2 tahun memendam perasaan ye... Dia ada bagi hint, tapi Ina ignore sebab tak nak syok sendiri.

Oktober 2016:
Seorang pekerja pangkat Supervisor (Bangladeshi yang fasih berbahasa Melayu) jumpa Ina secara tak sengaja di site. Kami berbual. Dia tanya bila nak kawin. Ina cuma jawab, doa-doakan sampai jodoh. Dia ada bagitau di akhir perbualan. 'Hadi suka awak.' Ina cuma menggeleng; tak mahu. Dalam masa tu jugak, Ina cerita pada kakak & kawan baik Ina. Dorang nasihatkan Ina untuk kenal-kenal dulu... Hadi baru add Ina di FB.

November 2016:
Hadi mula bermesej kat FB. Ina yang mula-mula ajak keluar. Tengok wayang cerita seram (which is cerita yang memang Hadi elak untuk tengok. He tried to watch it because he love me). After that, makin kerap tengok cerita-cerita seram. He was sooo happy. Ina tak cakap apa-apa pasal hubungan. Ina mintak Hadi jumpa Abah. Biar Abah yang decide. Kebetulan dalam proses nak membaiki rumah. Hadi datang nak tolong mengecat. Dia tak tahu Abah akan datang jugak. Accidentally, he met Abah. Makan, berbual. Abah said; 'He's OK. Proceed.' Huhu..lega hati ni. Ye, Ina dah mula sukakan dia masa kami ke Time Square. He's very protective, tak mengambil kesempatan atas perempuan (even he has the chance). Sebelum kami rapat lagi Ina pesan 'Ingatkan saya tentang agama & batas pergaulan kalau saya terleka'. Yes, he did. 

Disember 2016:
Bulan yang Ina tunggu-tunggu. Hari Jadi. Ina mula nampak perubahan sikap dia. Menjauhkan diri, suka menyendiri & perasaannya macam ditahan-tahan. Macam ada yang tak kena. Di FB, statusnya asyik marah-marah. Kadang-kadang, menyalahkan takdir. Bila ditanya, dia cuma jawab 'Tak ada apa-apa'. Kawan sekeliling pressure tanya bila nak kawin. Ina yang dah tau perangai dia memang tak sebut pasal tu sebab tak mahu tambah pressure dia. Hari jadi Ina tak disambut. Cuma ucapan 'Awak dah tua'. OK, Ina terasa hati sikit. But, dia datang masa kami buat majlis bukak rumah; buat majlis hari jadi sekali.

Januari 2017:
Dia terjatuh masa kerja. Injured. Bila nak melawat, dia buat perangai. Off HP tak mahu Ina contact or datang. Pelik. Marah. Sedih. Semua ada. Tapi, Ina bersabar. Katanya, tak mahu orang bantu. Ina nasihat dia untuk dressing semula luka dia, gi klinik. Dia buat. Sendiri. Hadi makin payah nak jumpa. Dia larikan diri. Pertengahan Januari, dia mesej untuk putuskan hubungan. Ina mintak penjelasan. Dia kata 'Saya sakit. Tinggalkan saya & cari kebahagiaan awak.' Ina terima keputusan tu supaya dia tak terbeban. Tapi, hati yang dah mula sayang ni susah nak melepaskan. Ina tetap tanya khabar. Cek FB dia. Yang paling best, kami tetap kena bekerja bersama kat office. Susah. Tapi, kena buat. 


Now, Ina akan move on. Ina tetap kawan dia. Jangan menghukum dia. 

Kalau dia membaca, Ina cuma nak cakap, Ina sanggup hidup dengan dia walaupun dia sakit. Ye, sebab sayang. Tapi, kalau dia tak mahu, Ina tetap akan teruskan hidup...

11 January 2017

Sakit Pulak Hati Kita..

Oppss..sori. Nak post meroyan malam ni sebab dah tak tahan dengan dia.

Time usha;.mengintai-ngintai, mencari-cari, bertanya-tanya. Dah dapat, ditinggalkan je? Sakit pulak hati kita ni awak....

Apa masalah pun tak tahu. Ditanya, diam. Provoke, kena marah. Tak ambil tahu, dikatanya tak tahu hargai dia...hurm...

Wahai hati, bersabar selagi mampu. Bertahan la. Tak tahan kang, cabut lari. Meroyan dalam FB, ramai pulak komen..tak mau...

Haish!!!! Serba tak kena jadinyee...

04 January 2017

Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum...

Huhu..susah benar nak update blog kan...

OK. Just nak kongsi pada yang tengah cari idea hias rumah. Hihi..Ina pun selalu survey ideas dekat internet. Mudah & membantu. 

Rumah kecik Ina baru je didiami. Tepat-tepat selepas cukup umur Ina. Masa dapat kunci, rumah ni rumah tinggal. Dah lebih setahun tak ada penghuni. So, banyak yang perlu dibaiki & dicat semula. Ideas daripada Ina (hasil search internet & kombinasi warna daripada imaginasi Ina je). Here some pictures:

Master Bedroom

Bilik Ke-2. Idea datang bila nampak frame tingkap yang centre tu.

Bilik Ke-3. Bilik solat. Ni idea spontan je.

Luar rumah. Sori, gambar luar rumah tak banyak.

Dapur. Ni sebelum kabinet siap

Ruang tamu. Bunga tu hasil tangan abang Ina ye..


Semua gambar-gambar ni diambil masa dalam proses mencantikkan lagi. So, ada yang nampak tak proper lagi..kan?

Meh tengok update gambar yang baru...











Walaupun simple, berbaloi sangat bila semuanya kita buat sendiri. Ina ,abang, kakak & Abah yang mengecat & menghias. Rumah kecik ni dah siap! Cuma akan terus dicantikkan untuk kepuasan & keselesaan kami...

Syukur dengan segala yang ada..