31 January 2017

Kisah Hadi & Lina

Kenangan..AMWAY PJ

Hurm...Ina tulis sebagai kenangan. Jangan salahkan dia. Dia perlu ruang.

2 tahun sebelum:
Kami kenal sebagai Subcon & Main Con. Tak pernah ada peluang untuk rapat (sebab Ina tak berapa suka cara kerja dia). Dia minat Ina dalam diam. 2 tahun memendam perasaan ye... Dia ada bagi hint, tapi Ina ignore sebab tak nak syok sendiri.

Oktober 2016:
Seorang pekerja pangkat Supervisor (Bangladeshi yang fasih berbahasa Melayu) jumpa Ina secara tak sengaja di site. Kami berbual. Dia tanya bila nak kawin. Ina cuma jawab, doa-doakan sampai jodoh. Dia ada bagitau di akhir perbualan. 'Hadi suka awak.' Ina cuma menggeleng; tak mahu. Dalam masa tu jugak, Ina cerita pada kakak & kawan baik Ina. Dorang nasihatkan Ina untuk kenal-kenal dulu... Hadi baru add Ina di FB.

November 2016:
Hadi mula bermesej kat FB. Ina yang mula-mula ajak keluar. Tengok wayang cerita seram (which is cerita yang memang Hadi elak untuk tengok. He tried to watch it because he love me). After that, makin kerap tengok cerita-cerita seram. He was sooo happy. Ina tak cakap apa-apa pasal hubungan. Ina mintak Hadi jumpa Abah. Biar Abah yang decide. Kebetulan dalam proses nak membaiki rumah. Hadi datang nak tolong mengecat. Dia tak tahu Abah akan datang jugak. Accidentally, he met Abah. Makan, berbual. Abah said; 'He's OK. Proceed.' Huhu..lega hati ni. Ye, Ina dah mula sukakan dia masa kami ke Time Square. He's very protective, tak mengambil kesempatan atas perempuan (even he has the chance). Sebelum kami rapat lagi Ina pesan 'Ingatkan saya tentang agama & batas pergaulan kalau saya terleka'. Yes, he did. 

Disember 2016:
Bulan yang Ina tunggu-tunggu. Hari Jadi. Ina mula nampak perubahan sikap dia. Menjauhkan diri, suka menyendiri & perasaannya macam ditahan-tahan. Macam ada yang tak kena. Di FB, statusnya asyik marah-marah. Kadang-kadang, menyalahkan takdir. Bila ditanya, dia cuma jawab 'Tak ada apa-apa'. Kawan sekeliling pressure tanya bila nak kawin. Ina yang dah tau perangai dia memang tak sebut pasal tu sebab tak mahu tambah pressure dia. Hari jadi Ina tak disambut. Cuma ucapan 'Awak dah tua'. OK, Ina terasa hati sikit. But, dia datang masa kami buat majlis bukak rumah; buat majlis hari jadi sekali.

Januari 2017:
Dia terjatuh masa kerja. Injured. Bila nak melawat, dia buat perangai. Off HP tak mahu Ina contact or datang. Pelik. Marah. Sedih. Semua ada. Tapi, Ina bersabar. Katanya, tak mahu orang bantu. Ina nasihat dia untuk dressing semula luka dia, gi klinik. Dia buat. Sendiri. Hadi makin payah nak jumpa. Dia larikan diri. Pertengahan Januari, dia mesej untuk putuskan hubungan. Ina mintak penjelasan. Dia kata 'Saya sakit. Tinggalkan saya & cari kebahagiaan awak.' Ina terima keputusan tu supaya dia tak terbeban. Tapi, hati yang dah mula sayang ni susah nak melepaskan. Ina tetap tanya khabar. Cek FB dia. Yang paling best, kami tetap kena bekerja bersama kat office. Susah. Tapi, kena buat. 


Now, Ina akan move on. Ina tetap kawan dia. Jangan menghukum dia. 

Kalau dia membaca, Ina cuma nak cakap, Ina sanggup hidup dengan dia walaupun dia sakit. Ye, sebab sayang. Tapi, kalau dia tak mahu, Ina tetap akan teruskan hidup...

No comments: