16 May 2017

Ustaz Legend

Selamat Hari Guru!

Sempena hari guru, Ina story sikit pasal Ustaz Legend.

Kalau zaman sekarang, cikgu cubit pun dah masuk berita kan? Ustaz kami ni bukan setakat cubit. Tendang, lempang, sepak, terajang pun ada. Rotan tu biasa dah.

Ni sekolah agama negeri. Dia satu-satunya ustaz dalam sekolah tu, merangkap Guru Besar. Kalau tengok, dia tak la garang. Cuma, bila korang buat salah, bersedialah terima akibat.

Setiap kali Jumaat terakhir setiap bulan, kami akan gotong royong bersihkan sekolah. Selalunya, dari tengahari sampai waktu rehat. Lepas rehat, solat Asar & berkumpul dalam 1 dewan. Kalau ada kes besar, memang lambat la kami balik. Soal siasat & sesi rotan, lempang, sepak & terajang. Ustaz ni memang terkenal dengan aksi tu sejak zaman kakak & abang Ina sekolah lagi. Tujuannya, kami mengaku salah, terima hukuman & janji tak akan buat lagi. Macam kes 'Kencing Dalam Botol' yang Ina cerita dulu. Murid tu dibelasah tapi setimpal dengan perbuatan. Memang budak tu insaf terus. Maluuu...

Batch Ina, memang banyak jugak kes besar. Kami memang ketakutan bila dipanggil naik 'dewan'.
'Mesti ada kes ni...'

Ina cerita semua ni cuma nak membezakan cara pengajaran dulu & sekarang. Macam mana kes ustaz sepak terajang pelajar ni tak pernah kecoh? Ibubapa kebanyakannya tau. Tapi, masih hantar anak ke sekolah tu. Sebab ibubapa yakin dengan cara ustaz ustazah kami.

Terima kasih semua ustaz ustazah SRASC. Jarang disebut & dikenang kan? Mereka la yang ajar Ina Al-Quran, Fikah, Tauhid, Tajwid, Arab & lain-lain (tak ingat berapa subjek dah). Ada yang Ina masih ingat cara & apa yang diajarkan...

No comments: