17 June 2017

Ramadhan Ina

Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Hari ni dah masuk hari ke-22 puasa. Tinggal seminggu lagi puasa...

Apa yang best bila Ramadhan?

Kalau zaman sekolah rendah dulu, Ramadhan ialah 'sebulan balik awal'. Sekolah agama akan ada tadarus setiap petang. Hujung Ramadhan ada majlis tadarus. Balik awal sebab takut tak sempat berbuka dengan keluarga.

Zaman asrama, seronok. Petang-petang, prep pun malas. Bersembang je. Balik mandi, terdengar kawan-kawan tanya 'Nak order makanan tak? Kami ikut Sir Zack gi Bazar'. Time tu, berjela-jela la senarai makanan. Roomate Ina tukang ambil order. Hehe..so, makanan untuk kami mesti ada. Setiap hari, ada homeroom yang akan turun sediakan makanan (berhidang untuk setiap meja) kat DS. Bila sampai kami yang senior ni, kecoh la satu dewan selera tu. Sibuk tapi seronok.

Zaman universiti, semua kena buat sendiri. Gi bazar naik bas. Balik kolej, berkumpul kat satu bilik. Bukak laptop. Sediakan satu cerita untuk ditonton sambil berbuka. Biasanya kawan satu kos ni memang akan bukak anime (Ina yang tak layan pun, ngadap jugak).

Masa kerja, dok rumah staf. Seronok memasak sama-sama. Siap ada giliran lagi. Yang chef akan bagi menu. Yang lain, akan turun membantu. Serius best sebab banyak idea, resipi & cara masak yang berlainan. Pernah setahun tu, sepanjang Ramadhan kami memasak kat rumah.

Dan... Ramadhan yang paling diingati adalah Ramadhan 2009. Arwah Mek (nenek sebelah Mak) jatuh sakit dan meninggal pada 25 Ramadhan. Kami balik kampung awal. Sepanjang Ramadhan yang berbaki tu kami buat tahlil & tarawikh di rumah. Agak sibuk tapi puas hati sebab semuanya anak cucu yang buat...

Alfatihah buat Arwah Mek. Setiap Ramadhan Ina mesti teringatkan arwah yang sangat baik & sentiasa pentingkan cucu-cucunya...