15 July 2017

Kenapa Berlari?

OK. Saja buat entri ni sebab ramai yang cakap "Ina ni suka sangat berlari..'

Kenapa Berlari?

  1. Hobi sejak kecik. Siapa yang kenal Ina dari zaman sekolah, tau la yang Ina memang suka acara larian.
  2. Game yang paling mudah. Tak ada rules, tak perlu peralatan khas.
  3. Nak sihat. Hari-hari kita boleh jog kecuali hari hujan. Nak sihat, kena bersenam.
  4. Itu je game yang Ina boleh buat. Ina tak masuk segala bola jaring, bola keranjang, bola tampar... sebab tak suka rules yang banyak & tak pernah rasa nak belajar.
  5. Step untuk mencabar diri. Motivasi diri jugak sebenarnya. Dari satu distance yang pendek, Ina dah cuba 1/2 marathon. InsyaAllah...nak try biasa dengan 1/2 marathon dulu baru boleh try full marathon.
Cukup la tu ye... Oh ye, jangan fikir Ina sehebat atlet. Ina tak pernah pun dapat 1st prize, second or third. Berlari cuma hobi & nak sihat. Bukan jaguh pun...